A lot of customer call me on how to update the Perodua Myvi GPS Navigation System. You can refer below on how to update the map. For English version you can visit the website at www.lokatoo.com
PENGEMASKINIAN PETA OLEH PENGGUNA
Langkah-langkah berikut adalah untuk kegunaan PERODUA Myvi sahaja.
Langkah 1:
Pilih kemaskini peta yang betul untuk dimuat turun. Sila ambil perhatian bahawa saiz peta adalah besar dan ini mungkin mengambil masa sekurang-kurangnya setengah jam untuk melengkapkan muat turun. Muat turun peta daripada laman web http://www.lokatoo.com/downloads-software-updates-v4-perodua-myvi.php.
Perhatian: Sila pastikan anda memilih peta kemaskini yang betul. Anda mungkin tidak dapat mengemaskini peta sekiranya anda membuat pilihan yang salah untuk alat navigasi anda. Amtel Cellular Sdn Bhd tidak akan bertanggungjawab bagi pilihan yang salah yang mungkin menggganggu perjalanan alat navigasi anda.
Langkah 2:
Keluarkan kad SDMMC anda dari alat navigasi dan masukkan kad tersebut ke pembaca kad SDMMC.
Langkah 3:
Buka zip fail yang telah dimuat turun, kemudian dwi klik fail exe. Seterusnya klik “Next”.
Langkah 4:
Pastikan bahawa abjad pemacu yang ditunjukkan adalah pemacu kad SDMMC alat navigasi anda. Tukarkan abjad pemacu sekiranya perlu. (Jangan tukar nama folder).
Langkah 5:
Klik “Yes”.
Kemudian klik “Install” dan “Finish” bila selesai.
Langkah 6:
Keluarkan kad SDMMC dari pembaca kad SD. Untuk mengeluarkan kad SDMMC, klik ikon “Safely Remove Hardware” dan pilih “Safely remove Hardware” – Drives (X:) seperti yang tertera di bawah.
Langkah 7:
Tekan “Navi” atau “GPS” pada skrin alat navigasi anda. Satu muka pengaktifan akan tertera meminta bagi mendapatkan “Activation Key”.
Langkah 8:
Layari http://www.lokatoo.com/downloads-software-updates-v4-perodua-myvi.php. Masukkan “Hardware ID” dan “Map ID” seperti yang ditunjukkan di alat navigasi ke dalam skrin computer bagi mendapatkan “Activation Key” seperti yang tertera di bawah. Pastikan anda memasukkan “Hardware ID” dan “Map ID” yang BETUL. Kesalahan memasukkan maklumat ini mungkin akan menyebabkan anda tidak dapat memperolehi “Activation Key”.
Langkah 9:
Gunakan “Input Panel” untuk memasukkan kod “Map Activation” ke dalam alat navigasi dan tekan “Activate”.
No comments:
Post a Comment