Tarikh:

Tips membeli kereta dengan Zero downpayment @ Full Loan

SYARAT ASAS PINJAMAN KENDERAAN:
1) 33.33% daripada gaji bersih hendaklah melebihi daripada bayaran bulanan kereta yang ingin dibeli.
2) Tidak Blacklist.
3) Warganegara Malaysia yang sah.

**************************************************
1. Pinjaman 100% - Skim Potongan Gaji / Biro Angkasa.

Bank mana?: Bank tertentu sahaja yang memberi tawaran pinjaman kenderaan 100% sebegini. Antaranya BANK RAKYAT dan bank-bank nasional lain yang membuka tawaran.

Siapa layak?: Kakitangan Kerajaan, Badan Berkanun atau GLC (Syarikat Berkaitan Kerajaan. Walaupun baru mula bekerja.

Bagaimana?: Pinjaman ini adalah Skim Potongan Gaji dengan kadar faedah yang agak tinggi iaitu sehingga 4.25% untuk tempoh pinjaman 10 tahun.

Nota: Skim Potongan Gaji ini selalunya hanya dibenarkan jika anda belum lagi membuat penolakan/potongan gaji untuk pinjaman lain. Jika anda sudah melakukannya, anda masih boleh membuat pembiayaan 100% dengan Bank Rakyat, dengan syarat jumlah bayaran tersebut tidak melebihi 60% daripada baki gaji anda.

Dokumen yang perlu?:
a) Salinan IC
b) Salinan Lesen Memandu
c) Salinan Slip/Penyata Gaji 3 bulan terkini

**************************************************
2. Pinjaman 100% - Mark Up Model.

Bank mana?: Hampir semua bank yang menjadi bank panel pinjaman kenderaan.

Siapa layak?: Kakitangan Swasta, Kakitangan Kerajaan dan lain-lain.

Bagaimana?: Kaedah ini hanya akan berjaya jika anda buat pilihan untuk membeli kereta yang modelnya atau spesifikasinya di bawah daripada model yang tertinggi atau termahal. Contoh, pilih Model A, Perodua Myvi Ezi Premium RM49,755 untuk dibeli tapi mohon pinjaman untuk Model B, Perodua Myvi Ezi Special Edition RM53,455. Kaedah pinjaman 100% ini ditafsirkan apabila pemohon memohon 90% pinjaman untuk Model B iaitu hampir bersamaan (kurang sedikit atau lebih sedikit) dengan 100% pinjaman Model A. Bermakna pemohon tidak perlu membayar duit muka (downpayment) untuk membeli kereta Model A yang dipilih.

2 comments:

  1. Salam bro, saya ni baru kerja sebagai DOKTOR PERUBATAN SISWAZAH (Houseman/HO), teringin nak beli kereta awal. Boleh tak saya bagi slip gaji bulan pertama sahaja? Lagipun kerja saya kerja tetap, dengan kerajaan dan saya mampu insyaallah.

    ReplyDelete
  2. Boleh hubungi saya di talian 0133710334 utk maklumat lanjut.

    ReplyDelete