Tarikh:

Terbongkar : Lelaki ini menjual average 17 buah kenderaan tanpa mengeluarkan sebarang Kos iklan

Assalamualaikum semua,

Nama saya Hafiy Hazmi Bin Saad. Saya merupakan seorang Salesman Perodua. Saya merupakan Top 3 Salesman Perodua di Malaysia bagi Tahun 2014. Baru2 ni saya baru balik training Perodua. Training ini khas untuk Top 50 salesman Perodua di Malaysia. Saya bukan ingin kongsi lecture yg saya dapat dalam training tersebut. Tapi saya nak share pengalaman salah sorang Salesman Perodua yang berjaya. Dia berjaya menjual average 17 unit sebulan tanpa perlu mengeluarkan sebarang kos iklan. Ikuti kisah beliau :-

............................................................................

Saya tanya beliau apa aktiviti Harian Sales beliau. 

Setiap pagi abang bangun awal. Dan solat subuh di Masjid. Lepas habih solat subuh terus pergi ke ofis untuk punch card. Lepas habih punch card terus balik rumah. Siapkan anak2 untuk ke sekolah. Lepas siapkan anak2. Balik rumah semula lepak di rumah. Sebelah petang pula pergi balik ke ofis untuk punch card dan ambil anak2 kat sekolah.

Saya tanya balik. Biar betul Abang. Macam mana abang cari customers. 

Abang dah kerja lama Hafiy, dah lebih 12 Tahun. Setiap bulan ada je customer yang refer balik kawan2 dia yang nak beli kereta. Apa yang abang buat sejak 12 Tahun lepas ialah abang layan betul2 setiap customer tu mcm kawan. Bagi dia Happy.( Bagi Hadiah yg best sikit mcm tinted free atau smart tag) Bila dia Happy dia akan cerita kepada Jiran2 dia, kawan2 dia. Rakan2 ofis dia. Abang akan bgtau kat setiap customer. Kalau ada orang nak beli kereta. Bagi je nombor kat Abang. Abang akan buatkan dari A to Z. Nanti abang akan berikan sedikit saguhati.

Kemudian bila dapat customer dari referral. Dia akan buat balik proses yang sama dan berterusan. Hanya dengan buat customer Happy dan minta referral dari customers.

Dan apa yang abang perhatikan, Customer yang dapat dari referral nie lebih berkualiti dan senang nak uruskan.

Saya khusyuk dengar pengalaman Senior nie. Apa yang dia cakap memang betul. Membuatkan saya muhasabah balik diri ini. Setiap bulan saya hanya dapat dalam average 3 unit sahaja dari referral customer lain. Manakala beliau dapat sehingga 17 unit sebulan hasil dari Referral. Mungkin kena perbaiki balik cara layan customers. 

Saya teringat kisah mcmmana Top Salesman Dunia. Joe Girard. Setiap kali ada customer yang beli kereta dengan dia. Dia akan hantar Postcard setiap bulan ke rumah customer. Dengan ini, customer takkan lupa nama salesman dia. Dan bila kawan2, rakan sekerja, dan sedara mara nak beli kereta. Pasti dia akan ingat balik Salesman yang dia pernah berurusan dulu.