Tarikh:

The New Myvi 2011 D54T Features - ISOFIX Child Restraint System

Kembali kita lagi, hari ini saya ingin menerangkan salah satu features New Myvi 2011 iaitu ISOFIX Child Restraint System. Kereta Myvi Baru anda dilengkapi dengan 2 ruang ISOFIX, ini membolehkan anda membawa 2 orang bayi sekaligus dengan mengunakan child seat. System ini tidak memerlukan anda menggunakan seat belt untuk child seat anda. Ini hanya terdapat di tempat duduk belakang, child seat tidak boleh diletak dibahagian tempat duduk depan kerana merbahaya jika berlaku kemalangan (airbag akan terbuka dan membahayakan bayi tersebut)

Kelebihan ISOFIX adalah seperti berikut :-

a) International standard dalam keselamatan memasang Child Seat
b) Menghindar masalah silap pasang apabila mengunakan seat belt
c) Meningkatkan keselamatan kerana child seat tersebut terus di pasang pada struktur kereta Myvi anda.

Berikut adalah gambaran lebih lanjut berkenaan system ISOFIX di dalam kereta Perodua Myvi anda.











Namum begitu, untuk mengunakan kelebihan ISOFIX ini, anda hendaklah membeli Child Seat yang compatible dengan system ISOFIX ini. Child seat yang compatible dengan ISOFIX ini hanya terdapat di kedai bayi yang terkemuka sahaja.

Tapi jangan risau, Perodua dalam proses untuk bekerjasama dengan syarikat pengeluar Child Seat untuk menghasilkan sendiri child seat yang compatible dengan kereta Myvi baru anda.