Tarikh:

The New Myvi 2011 D54T Features - Electric Power Steering (EPS)

Ramai orang sekarang ini dah tak sabar2 untuk menanti launching New Myvi 2011 D54T pada 16th June ini di PWTC. Menurut sumber terkini, kereta Myvi Baru ini akan dilancarkan oleh TPM kita iaitu Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Yassin.

Dalam kesempatan ini, saya ingin menerang salah satu ciri terbaru untuk New Myvi iaitu EPS atau Electronic Power Steering. Untuk versi Myvi lama, Sistem steering yang digunakan adalah Hydraulic Power Steering.


Salah satu kelebihan EPS ialah ia tidak mengunakan Power Steering pump, yang mana menggunakan lebih kurang 8 hingga 10 horsepower.

Ini boleh meningkatkan penjimatan minyak kereta Myvi Baru kerana membuang bebanan yang berat daripada Power Steering pump dan juga Hoses yang digunakan.

Dengan penggunaan EPS, anda tidak lagi perlu risau tentang masalah minyak Steering yang bocor. EPS juga adalah lebih senyap berbanding system Hydraulic kerana tiada bunyi bising daripada pump dan tiada minyak yang mengalir antara hoses dan valves. Kelebihan yang paling utama dalam EPS ialah improve handling dan juga steering refinement.

BAGAIMANA EPS BERFUNGSI ?

Steering Gear mempunyai manual rack dengan Electric motor mounted pada Steering column. Apabila pemandu memusing steering, steering sensor akan mengesan kedudukan dan juga kadar pusingan steering kereta. Input ini bersama dengan steering torque sensor yang terletak pada steering shaft akan menghantar maklumat kepada power steering control module. Input lain seperti kelajuan kenderaan dan dan juga stability control system akan menjadi faktor untuk menentukan berapa banyak steering assist diperlukan. Control module kemudian akan menghantar isyarat kepada motor untuk memusingkan tayar pada kadar yang diperlukan. Sensor pada motor akan menghantar feedback kepada control module supaya dapat mengesan kedudukan motor. Gambar di bawah menunjukkan serba sedikit macam mana system EPS berfungsi:-

 Itu sahaja penceritaan untuk salah satu features terbaru yang terdapat di dalam Myvi Baru. Sekian


Sudahkah anda membooking Myvi Baru anda ? Book sekarang untuk dapat kereta dalam masa sebulan, jika book lepas launching. kereta anda akan dapat lepas raya puasa.